fb fb fb fb fb

Golongan bankrap akan dibantu - Azalina

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka cadangan untuk meminda Akta 360 bagi membantu golongan bankrap yang terkesan dengan ekonomi semasa.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pindaan itu untuk menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan yang sedia ada dan memberi penekanan kepada aspek kebajikan bankrap yang benar-benar layak.

"Punca utama bankrap dalam kalangan belia adalah kegagalan membayar balik pinjaman peribadi, hutang kad kredit dan sewa beli kenderaan," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen, di sini.

Tambahnya, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat kewangan secara percuma sebelum seseorang individu itu diisytiharkan bankrap oleh mahkamah.


(Tambahnya, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sentiasa bersedia
memberi khidmat nasihat kewangan secara percuma sebelum seseorang
individu itu diisytiharkan bankrap oleh mahkamah)

Media Baharu