fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan akan perangi rasuah - PM

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Perdana menteri yang menjawat jawatan menteri kewangan tidak menyalahi undang-undang atau perlembagaan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi kesalahan besar jika jawatan tersebut disalah guna untuk merompak harta rakyat atau kepentingan diri sendiri.

"Dalam sejarah, sama ada kita gabung atau tidak bukan masalah. Masalahnya adalah menggunakan kedudukan untuk merompak harta rakyat. Mereka yang terpalit rasuah perlu bimbang dan tertekan kerana di bawah Kerajaan Perpaduan, mereka terlibat akan dikenakan tindakan," katanya ketika menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin di Parlimen di sini.

Anwar juga memberi jaminan memastikan gejala rasuah di negara akan dibanteras sepenuhnya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini fokus dalam melaksanakan siasatan terhadap kes-kes rasuah yang berskala besar.

Jelas Anwar, ia bagi memulihkan imej negara dan meningkatkan keyakinan rakyat.

Antara kes rasuah yang berskala tinggi ialah sindiket pengurangan saman trafik, kes air di Sabah dan bitcoin.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu