(Generasi belia Keluarga Malaysia diminta untuk lebih tampil ke hadapan melalui pelbagai peluang
disediakan selaras dengan sambutan Hari Belia Negara yang bertemakan ‘Ini Masa Kita, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)
KUALA LUMPUR, 15 Mei- 'Ini Masa Kita' diangkat sebagai tema Hari Belia Negara, dianggap tepat kerana tidak dapat dinafikan, generasi muda sememangnya memainkan peranan penting untuk menjadi tonggak utama pembangunan negara.
Menerusi perutusan sempena Hari Belia Negara 2022, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tema 'Ini Masa Kita" bertepatan untuk menggajak belia tampil ke hadapan dan memanfaatkan setiap peluang yang disedia kerajaan.
Langkah itu bukan saja penting untuk kemajuan diri sendiri, malah tanah air.
Beliau turut mengingatkan semua belia, betapa berharganya masa muda dan perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, maka inilah masanya belia tampil selari dengan konsep ‘daripada belia untuk belia’.
Kata beliau, tema yang diputuskan itu juga sinonim dengan golongan belia yang pada masa kini untuk bersama-sama membangunkan negara, walau dalam apa sekalipun keadaan yang melanda.
('Ini Masa Kita' diangkat sebagai tema Hari Belia Negara)
“Penglibatan dan sumbangan generasi muda sangat diperlukan dalam memperkukuhkan semangat Keluarga Malaysia. Justeru, Kerajaan sentiasa mengiktiraf sumbangan, pencapaian, usaha, daya bangkit dan suara seluruh warga belia.
“Malah, Kerajaan juga sentiasa peka dan prihatin dengan isu yang melanda golongan belia khususnya dalam menurunkan kadar pengangguran. Berdasarkan dapatan Indeks Belia Malaysia tahun 2021 bagi Domain Ekonomi, skor bagi kebolehpekerjaan ialah 42.01,” katanya dalam perutusan sempena Hari Belia Negara, hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, terdapat lebih 20 inisiatif yang boleh dimanfaatkan golongan belia secara langsung atau tidak langsung melalui Bajet 2022 telah diumumkan kerajaan.