fb fb fb fb fb

Gencatan senjata Gaza buka harapan keamanan - Menteri Agama

FOTO FACEBOOK Dato' Setia Dr. Naim

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Gencatan senjata di Gaza yang dijadual berkuat kuasa pada Ahad ini membuka harapan ke arah keamanan dan pemulihan Palestin selepas konflik yang berpanjangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan pengumuman itu sebagai perkembangan positif dan amat dialu-alukan pelbagai pihak.

Dalam kenyataan hari ini, beliau menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa gencatan senjata tersebut perlu menjadi batu loncatan ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaya maju, berdaulat dan merdeka.

"Sesungguhnya, mangsa-mangsa di Palestin telah melalui konflik ini dengan penuh kesengsaraan dan penderitaan. Mereka memerlukan sokongan daripada masyarakat dunia untuk membina semula kehidupan mereka," katanya.

Beliau turut menyeru umat Islam untuk terus menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa.

"Marilah bersama-sama kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar masyarakat di Palestin terus diberikan keafiatan dan kesejahteraan," katanya.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA