fb fb fb fb fb

Gencatan senjata Gaza, kemenangan untuk Palestin - Pasukan Pengawal Revolusi Iran

Foto AFP

TEHRAN, 16 Januari - Pasukan Pengawal Revolusi Iran pada Khamis memuji perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas sebagai "kemenangan" untuk Palestin dan "kekalahan" bagi Israel.

"Pengakhiran perang dan pelaksanaan gencatan senjata... adalah kemenangan jelas dan besar untuk Palestin serta kekalahan yang lebih besar untuk rejim Zionis yang zalim," kata Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam satu kenyataan.

Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, turut menyambut baik perjanjian tersebut yang menurutnya telah menyebabkan "rejim Zionis gagal mencapai matlamat strategiknya."

Beliau juga menyeru agar tindakan diambil untuk "menghukum rejim penjenayah itu dan menyembuhkan luka bangsa Palestin."

Pada Rabu, Qatar dan Amerika Syarikat mengumumkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas.

Gencatan senjata tersebut dijadualkan berkuat kuasa pada hari Ahad, melibatkan pertukaran tebusan Israel dengan tahanan Palestin, sebelum syarat-syarat perjanjian damai yang lebih luas dimuktamadkan. - AFP

TETITIA YUSOFF