GAZA, 16 Januari - Sekurang-kurangnya 73 orang terkorban dan ratusan lagi cedera selepas Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan di wilayah Palestin sejak pengumuman perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Pertahanan Awam Gaza.
“Sejak perjanjian gencatan senjata diumumkan, pasukan pendudukan Israel telah membunuh 73 orang, termasuk 20 kanak-kanak dan 25 wanita,” kata jurucakap agensi tersebut, Mahmud Bassal kepada AFP.
Beliau turut menambah bahawa 230 orang lagi cedera akibat "pengeboman yang masih berterusan," sehari selepas pengumuman gencatan senjata tersebut. - AFP