fb fb fb fb fb

Fasa pertama gencatan senjata bebaskan 33 tebusan Israel - Sumber

Kepulan asap di utara Gaza semasa serangan bom Israel pada 8 Januari lalu/AFP

DOHA, 14 Januari- Fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza yang sedang dirundingkan di Qatar dijangka menyaksikan pembebasan 33 tebusan Israel, menurut sumber rapat rundingan dan laporan media Israel pada Selasa.

Perunding dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat meningkatkan usaha untuk memeterai perjanjian itu dengan pusingan terakhir rundingan dijadualkan bermula di Doha.

Dua sumber rapat dengan rundingan memaklumkan pertukaran awal akan melibatkan pembebasan 33 tebusan sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin di penjara Israel.

Tebusan itu adalah sebahagian daripada 94 orang yang ditawan di Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Sekiranya fasa pertama berjalan lancar, Israel akan memulakan rundingan untuk fasa kedua pada hari ke-16 selepas perjanjian itu dikuatkuasakan.

Media Israel turut melaporkan Israel akan mengekalkan zon penampan di Gaza semasa pelaksanaan fasa pertama sambil membenarkan pergerakan penduduk dari kawasan selatan ke utara Gaza.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Isnin pula menyatakan perjanjian gencatan senjata hampir dimuktamadkan. Beliau menyebut perjanjian itu adalah berdasarkan pelan tiga fasa yang diumumkan pada Mei lalu. -AFP

SITI AISHAH MD ISA