SINGAPURA, 14 Januari- Singapura akan memperkenalkan langkah untuk meningkatkan pengurusan kes kesalahan seksual termasuk melantik kumpulan hakim pakar bagi menangani kes-kes sedemikian, menurut Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon, lapor Xinhua.
Semua kes kesalahan seksual di Mahkamah Tinggi dan perbicaraan terpilih di Mahkamah Negeri kini akan diberikan kepada kumpulan hakim dan hakim daerah yang berpengalaman serta terlatih, katanya pada Isnin semasa Pembukaan Tahun Perundangan 2025.
"Kes-kes ini memerlukan pengendalian yang teliti kerana kesan proses perbicaraan terhadap pengadu dan tertuduh," tambahnya.
Singapura juga akan memulakan ujian rintis senarai semak praperbicaraan yang dipertingkatkan bagi melindungi pengadu sambil memastikan tertuduh kekal mempunyai hak kepada perbicaraan yang adil.
Menurut media tempatan, senarai semak itu akan membantu mengenal pasti isu-isu kontroversi yang mungkin timbul semasa pemeriksaan balas membolehkan hakim mengecualikan soalan yang dianggap tidak relevan atau menghina pengadu. - BERNAMA-XINHUA