fb fb fb fb fb

Gempa sederhana landa Timur Laut Taiwan pada awal pagi ini

PETALING JAYA, 19 Mac - Satu gempa sederhana berukuran 5.8 pada skala richter melanda di Timur Laut Taiwan pada 3.04 pagi tadi.

Menurut MetMalaysia, gempa berpusat pada 25.7 darjah Utara, 124.0 darjah Timur dengan kedalaman 172 kilometer, pada jarak 235 kilometer, Timur dari Keelung,Taiwan.

(Foto MetMalaysia)

"Penilaian awal, tiada ancaman tsunami dikeluarkan oleh MetMalaysia setakat ini," menurut kenyataan itu.

Media Baharu