KUALA LUMPUR, 7 Jun - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud melanda rantau kepulauan Fiji pada pukul 3.28 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 339 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 661km tenggara dari Laucala, Fiji.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.