fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana melanda Laut Sawu

PETALING JAYA, 31 Januari - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud telah berlaku di Laut Sawu pada 4.22 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 58 kilometer itu berada di koordinat 10.3 darjah selatan dan 122.3 darjah timur serta terletak 139km Barat dari Kupang,Indonesia

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Media Baharu