fb fb fb fb fb

13 letupan bom gegarkan selatan Thailand

FOTO AFP

BANGKOK, 31 Januari - 13 letupan bom dilancarkan di sebuah bandar di Narathiwat, selatan Thailand.

Pihak polis menyatakan letupan itu bertujuan menyebabkan lebih banyak kerosakan dan kecederaan terhadap orang awam.

Selepas 20 jam pihak berkuasa mengepung wilayah berdekatan, anggota polis berjaya membunuh dua suspek yang melancarkan serangan itu.

Pihak berkuasa cuba berunding dengan suspek sebelum menyerbu sebuah rumah di kawasan terssebut.

Serbuan itu menyebabkan seorang polis cedera dan dua suspek terbunuh.

Serangan ganas itu berlaku seminggu selepas pihak kerajaan menganjurkan dialog mengenai insiden melibatkan penduduk minoriti Melayu-Islam di selatan Thailand.

Dalam kejadian berasingan, pihak Polis menyatakan seorang suspek mengalami kecederaan selepas 13 letupan menggegarkan Yala, Jumaat lalu.

Kebanyakan letupan berlaku di kawasan jalan di hadapan kedai serbaneka, pasar, hospital dan bengkel kereta.

 

Media Baharu