fb fb fb fb fb

MOSTI biaya geran penyelidikan kurangkan penggunaan plastik

KUALA NERUS, 31 Januari - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia membiayai geran penyelidikan bagi mengurangkan penggunaan bahan plastik.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata penggunaan bahan plastik menyebabkan pencemaran selain mengancam kehidupan haiwan termasuk penyu.

"Di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memang kita memberi tumpuan kepada pengurangan bahan plastik ini untuk mengelakkan pelepasan sisa-sisa plastik yang banyak memberi kesan kepada pencemaran menggunakan bahan-bahan boleh kumbah (biodegradable).

"Di MOSTI kita membiayai melalui geran penyelidikan bagaimana kita boleh membiayai dan membantu supaya penyelidikan dapat dijayakan bagi mencari teknologi untuk membolehkan penguraian sisa-sisa ini melalui proses kitar semula dan sebagainya," kata Ahmad Amzad.

Beliau mengulas mengenai kematian penyu yang ditemukan di pesisir pantai Terengganu, di sini.

Pagi semalam pula seekor anak penyu ditemukan mati di pesisir pantai Kijal, Kemaman.

Ia kes kematian ke-13 direkodkan sejak awal bulan ini.

Media Baharu