PETALING JAYA, 31 Januari - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di negeri Perak (Batang Padang dan Muallim), Pahang (Lipis, Raub dan Bentong, Negeri Sembilan (Jelebu), Sarawak: Kapit (Belaga), Sabah: Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) hingga 3 pagi ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.