KUALA LUMPUR, 18 Julai - Satu gempa bumi berukuran 5.1 skala ritcher melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 3:02 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, gempa dengan kedalaman 34 kilometer (km) itu berlaku 109 km Barat Laut dari Pariaman,Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.