fb fb fb fb fb

Warga emas disyaki terjatuh dari Jambatan Panchor

Foto RTM

TANGKAK, 18 Julai - Seorang lelaki warga emas disyaki terjatuh dari Jambatan Panchor di Grisek, di sini pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.50 pagi selepas panggilan telefon daripada anak mangsa dijawab oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata mangsa yang berusia 62 tahun dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Parit Tunggul Kundang Ulu pada sekitar pukul 6 pagi.

"Anak mangsa kemudian dihubungi kakaknya, memaklumkan panggilan telefon mangsa, telah dijawab orang awam yang menjumpai keretanya di Jambatan Panchor," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan melibatkan pelbagai agensi.

Mangsa masih belum ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN