
KUALA LUMPUR, 23 November – Satu gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada pukul 3.36 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia memaklumkan lokasi pusat gempa berdasarkan koordinat 7.8 darjah Selatan dan 128.5 darjah Timur.
- Pusat gempa terletak kira-kira 455 kilometer ke selatan Ambon, Indonesia.
- Gempa berlaku pada kedalaman 170 kilometer.
- Penilaian awal mendapati kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.8 darjah Selatan dan 128.5 darjah Timur.
Gempa itu berlaku kira-kira 455 kilometer (km) Selatan dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 170 km.
Penilaian awal mendapati kejadian gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.