fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

(Foto Met Malaysia)

PETALING JAYA, 24 Julai- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 dilaporkan berlaku di Utara Laut Maluku pada pukul 2.46 petang tadi.

Menurut kenyataan Agensi Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 0.5 darjah Utara dan 126.5 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Kedudukannya 105 kilometer Barat dari Tidore, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

(Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku)

Media Baharu