PETALING JAYA, 5 Januari- Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.39 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan berkata, gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 58 km barat dari Surigao City, Filipina.
Gempa itu berpusat di koordinat 9.9° utara dan 125.0° timur.
METMalaysia mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa itu.