
KUALA LUMPUR, 22 September – Gempa bumi lemah dengan magnitud 4.4 dikesan berlaku di kawasan perairan Batu Pahat, Johor pada 4.55 petang hari ini.
- Pusat gempa dikesan pada koordinat 1.7° Utara, 102.7° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
- Gegaran dirasai di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Selangor dan sekitar.
- METMalaysia akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.
- Penduduk yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik rasmi: https://forms.gle/srRv7tUEPow3Wmts5
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi hantaran facebook memaklumkan, pusat gempa bumi tersebut dikesan berada pada koordinat 1.7° Utara dan 102.7° Timur, iaitu kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat dengan kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Selangor serta kawasan sekitarnya.
“METMalaysia akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa,” menurut hantaran itu.
Penduduk yang merasai gegaran berkenaan diminta untuk membantu memberikan maklumat dengan mengisi borang soal selidik rasmi menerusi pautan https://forms.gle/srRv7tUEPow3Wmts5.