Elaun guru kafa, imam, bilal, siak Pulau Pinang naik mulai Oktober

Foto RTM

SEBERANG JAYA, 22 September – Elaun guru KAFA, imam, bilal dan siak di Pulau Pinang dinaikkan antara RM100 hingga RM400 sebulan mulai Oktober ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Elaun ketua guru KAFA dinaikkan kepada RM1,700; guru KAFA meningkat kepada RM1,800 sebulan.
  • Masjid utama: imam RM1,000, bilal dan siak RM800; masjid kariah: imam RM950, bilal dan siak RM600.
  • Waktu Kehadiran Bertugas semua guru KAFA diselaraskan kepada empat jam sehari bagi memastikan keselamatan murid.

Kenaikan itu membabitkan 800 guru KAFA, 468 imam, 448 bilal dan 448 siak di seluruh negeri.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, elaun ketua guru KAFA atau guru besar dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700, manakala guru KAFA meningkat daripada RM1,600 kepada RM1,800.

Bagi masjid utama, elaun imam dinaikkan RM400 kepada RM1,000 sebulan, manakala bilal dan siak masing-masing menerima RM800, berbanding RM500 sebelum ini.

Sementara itu, bagi masjid kariah, elaun imam meningkat RM100 kepada RM950 sebulan, manakala bilal dan siak masing-masing dinaikkan RM100 kepada RM600.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Pegawai Masjid dan Siak 2026 di Masjid Al-Muhajirin, di sini.

Dalam perkembangan sama, Waktu Kehadiran Bertugas (WKB) bagi semua guru KAFA turut diselaraskan kepada empat jam sehari.

Menurutnya, penyelarasan itu bertujuan memastikan keselamatan murid ketika tiba di sekolah dan ketika pulang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.