fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa barat Afghanistan

(Foto BERNAMA)

AFGHANISTAN, 7 Oktober- Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda melanda barat Afghanistan pada pagi Sabtu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa bumi tersebut berada hampir dengan bandar terbesar di rantau itu.

"Pusat gempa tersebut berada 40 kilometer (25 batu) barat laut bandar Herat.

"Gempa bumi kuat berkenaan diikuti gempa susulan dengan berukuran 5.5 magnitud pada skala Richter," kata USGS menerusi kenyataan. - AFP


(Foto Malaysian Meteorological Department)

Media Baharu