
KUALA LUMPUR, 6 November – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda luar pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 6.39 petang waktu tempatan, pada Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 35.0°N, 142.5°E, kira-kira 225 km timur Ichihara, Jepun.
- Gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
- MET Malaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia; dapatkan kemas kini melalui portal MyGempa.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 35.0 darjah Utara dan 142.5 darjah Timur, kira-kira 225 kilometer ke timur Ichihara, Jepun.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, MET Malaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Orang ramai, khususnya yang mengikuti perkembangan kejadian gempa bumi berkenaan, boleh mendapatkan maklumat dan kemas kini melalui portal rasmi MyGempa MET Malaysia.