Gempa bumi 5.4 landa Mindanao


KUALA LUMPUR, 15 November – Satu gempa bumi sederhana 5.4 magnitud berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 9.41 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Koordinat gempa dicatat pada 9.4 darjah Utara dan 125.8 darjah Timur pada kedalaman 30 kilometer.
  • Lokasi hampir 60 kilometer tenggara Surigao City, Filipina.
  • METMalaysia memaklumkan kejadian tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa berkenaan direkodkan pada koordinat 9.4 darjah Utara dan 125.8 darjah Timur, kira-kira 60 kilometer di tenggara Surigao City, Filipina, pada kedalaman 30 kilometer.

Bagaimanapun, METMalaysia memaklumkan kejadian tersebut tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.