fb fb fb fb fb

Gasak Cergas Aktif JohorFM, promosi gaya hidup sihat

(Saufi Nawawi)

JOHOR BAHRU, 11 September- Stesen radio JohorFM menganjurkan program Gasak Cergas Aktif, bersempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Taman Merdeka, di sini pagi tadi.

Kira-kira 1,000 peserta terlibat dalam program yang bermula pukul 7.30 pagi.

Penerbit program, Saufi Nawawi berkata acara berkenaan kesinambungan daripada slot Gasak di JohorFM yang ke udara setiap hari Isnin.

Ia juga sebagai galakan kepada pendengar dan warga Johor untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

"Jadi untuk hari ini kita turun padang, selalu dengar secara teori sahaja pakar motivasi memberikan maklumat kecergasan diri.

"Jadi hari ini kita buat secara praktikal, kita turun padang," katanya di sini.

(Gasak Cergas Aktif anjuran stesen radio JohorFM)

Antara aktiviti dianjurkan ialah JohorFM Robi dan larian santai sejauh 1.5km.

Pengunjung turut diraikan dengan cabutan bertuah selain persembahan artis.

Slot Gasak di JohorFM yang bersiaran setiap Isnin, bermula 8.15 pagi berkongsi tips penjagaan kesihatan dan kecergasan diri secara teori.

Media Baharu