fb fb fb fb fb

Program Sukan Rakyat, Rakan Muda Serkap erat hubungan masyarakat setempat

ARAU, 11 September- Lebih 500 penduduk setempat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh, di sini menyertai Program Sukan Rakyat, Rakan Muda Serkap di Kampung Alor Setar.

Aktiviti sukan rakyat itu merupakan satu wadah berkesan mengeratkan silaturahim antara masyarakat tempatan serta memupuk gaya hidup sihat.

Exco Negeri yang juga ADUN Pauh, Rozieana Ahmad berkata antara sukan diketengahkan ialah panjat tiang licin, bola baling dalam bendang, wau kemetik dan roket kertas.

(Bola baling dalam bendang antara sukan diketengahkan pada Program Sukan Rakyat, Rakan Muda Serkap)

Bertepatan dengan musim menuai ketika ini, pertandingan serkap ikan yang dinantikan penduduk setempat turut diadakan dengan penyertaan golongan muda.

Aktiviti melibatkan pelbagai lapisan masyarakat akan lebih kerap dilaksanakan, khusus di DUN Pauh yang turut menjadi platform memastikan rakyat tidak terjebak dengan gejala tidak sihat.

Selain sukan rakyat dan serkap ikan, turut diadakan program perkongsian ilmu bersama agensi kerajaan.

Program kali ini turut dimeriahkan dengan sayembara puisi kemerdekaan, busking, pertandingan lagu patriotik dan jamuan rakyat.

Media Baharu