fb fb fb fb fb

UUM hulur sumbangan, ringankan beban penoreh getah

KUALA NERANG, 11 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) tampil menghulurkan sumbangan kepada 50 penerima dari Kampung Bukit Tembaga Utara, Kuala Nerang.

Sumbangan bertujuan bagi meringankan beban rakyat terutamanya kepada golongan penoreh getah.

Dekan Hal Ehwal Pelajar (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata sumbangan yang diberikan berupa barangan keperluan asas dan hamper.

(Dr. Kamarul Azman Khamis)

"Disamping itu kita juga merapatkan ukhuwah silaturrahim diantara masyarakat, ngo, dan pelajar UUM khususnya di dalam kita menyantuni masyarakat, menyantuni golongan tua, muda yang ada pada hari ini. Mudah-mudahan ukhuwah silaturrahim ini akan berterusan dalam merapatkan lagi hubungan sesama kita," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Surau kampung Bukit Tembaga Utara, di sini.

Tambah Kamarul, selain penoreh getah dan buruh kampung, sumbangan turut diberikan kepada jemaah surau dan golongan asnaf.

Media Baharu