fb fb fb fb fb

Dua maut kemalangan libat tiga kereta

TANGKAK, 11 September- Dua orang maut manakala lima lagi selamat dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga kereta di Jalan Tangkak–Jementah, di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa Siti Fatimah Ladri, 71, dan Nor Haliza Hamzah, 36, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi, Harunarashid Ghazali, 34, dan Aarish Ammar Harunarasid, dua tahun, selamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

(Akibat kemalangan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian)

Manakala, tiga lagi mangsa dari dua kereta lain, Khoo Ling Wei, Ngyumini dan Muhammad Loqman, masing-masing 26 tahun selamat.

Seramai 15 anggota dan tiga jentera tiba ke lokasi dan operasi tamat kira-kira 4.40 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Media Baharu