fb fb fb fb fb

Kesihatan Pak Lah semakin merosot, derita dimensia sejak mula bersara - Khairy

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 11 September - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin buat kali pertama mendedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menghidap demensia.

Khairy berkata, Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah yang juga bapa mentuanya, turut tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

"Saya ingin berkongsi satu perkara peribadi yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini yang Pak Lah menghidap demensia. Beliau mula menunjukkan tanda kecacatan kognitif (cognitive impairment) sejak pada 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

"Ramai orang tertanya-tanya keberadaannya dan sudah lama tidak melihatnya di tempat umum. Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal dan fikirannya tiada," katanya pada Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Demensia dan Schizophrenia di ibu negara.

Tambah Khairy, bapa mentuanya tidak lagi berkeadaan biasa, tidak mengenali orang terdekatnya.

"Saya tahu beliau masih mengenali saya apabila melihatnya mengerdipkan mata, apabila saya melawatnya.

"Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang," katanya.

Media Baharu