fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan elektrik di Negeri Sembilan kembali pulih

SEREMBAN, 27 Julai- Gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba hari ini telah kembali pulih di kesemua kawasan di Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan Ketua Wilayah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Sembilan/Melaka, Ahmad Fadhli Aziz, di Negeri Sembilan, tiga daerah mengalami gangguan bekalan elektrik sementara iaitu Seremban, Port Dickson dan Tampin.

Kejadian tengah hari tadi turut menyebabkan beberapa perkhidmatan seperti di Institut Memandu RDS Driving Academy Sendirian Berhad yang terletak di Seremban Dua tergendala.

Ia melibatkan gangguan sistem pembelajaran khususnya bagi mengemaskini data pelajar.

Mereka turut terpaksa menjalankan tugasan di luar bangunan berikutan keadaan gelap dan cuaca yang panas.

"Sebabkan perkara ni kami terpaksa buat kerja di luar kerana dalam pejabat pun gelap sistem pun tidak boleh guna tidak boleh semak sistem, rekod calon dan macam-macam masalah lagi apabila berlaku perkara macam ni," kata Zawiyah Mohd Jaafar, Penyelia Bahagian Operasi RDS Driving.

Terdahulu TNB Careline menerusi Facebook dan Twitter rasminya, mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di seluruh negara.

 

( Zawiyah Mohd Jaafar, Penyelia Bahagian Operasi RDS Driving)

 

 

Media Baharu