fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air, 472 kawasan di Selangor terjejas

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak pagi tadi.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, ia berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.

Pemberhentian tugas itu ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir di kedua-dua LRA berkenaan.

"Lokasi terlibat ialah 172 kawasan di sekitar Petaling, 54 kawasan di Hulu Langat, 196 di Sepang, 23 di Putrajaya dan 27 di Kuala Langat," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Air Selangor)

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua mediumnya.

Media Baharu