fb fb fb fb fb

Kenal pasti penerima minyak subsidi, data JPJ bakal diguna pakai kerajaan

JOHOR BAHRU, 24 Disember- Data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal diguna pakai kerajaan bagi mengenal pasti penerima subsidi bersasar membabitkan minyak bersubsidi RON95.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata keputusan itu hasil mesyuarat bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi, semalam.

"Pangkalan data JPJ bertepatan bagi mengenal pasti kuasa kuda yang digunakan golongan sasar dalam pemberian subsidi itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di PPR Melana Indah Fasa 1, di sini.


(Foto Hiasan)

Tambah Salahuddin, mekanisme tersebut akan dibincangkan kemudian sebaik subsidi bersasar ini diluluskan kerajaan.

Media Baharu