fb fb fb fb fb

Gaji pekerja Malaysia dijangka naik 5% tahun ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Syarikat-syarikat di Malaysia mengunjurkan kenaikan gaji keseluruhan sebanyak 5 peratus tahun ini.

Berdasarkan kaji selidik firma perunding, pembrokeran dan penyelesaian global WTW, kenaikan membabitkan golongan eksekutif, pengurusan, pekerja profesional serta kakitangan sokongan.

Meski unjuran itu lebih rendah berbanding 5.6 peratus tahun lalu, purata kenaikan gaji terus meningkat dengan stabil sejak beberapa tahun lepas.

WTW turut menjangkakan, golongan milenium dan Gen Z akan membentuk lebih 70 peratus tenaga kerja menjelang 2025.

Tahun lalu, industri seperti perbankan, insurans, teknologi, media dan permainan turut menggaji lebih ramai pekerja dari kumpulan berkenaan.

Kaji selidik melibatkan 600 syarikat itu turut mendapati, majikan akan terus menghadapi cabaran untuk menarik dan mengekalkan bakat pekerja berkemahiran.

Keterjaminan pekerjaan misalnya, bukan lagi fokus utama bagi golongan pekerja Generasi Z.

Sebaliknya, fleksibiliti seperti pilihan kerja jarak jauh, di pejabat atau hibrid akan menarik dan mengekalkan lebih ramai bakat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE