fb fb fb fb fb

Gagal pintas kenderaan di hadapan, lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Lipis-Benta

KUALA LIPIS, 17 Januari - Seorang lelaki maut manakala kakaknya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 18 Jalan Lipis-Benta, Pahang di sini.

Mangsa, Nik Mohd Yusri Raja Abdullah, 27 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Axia cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendant Azly Mohd Noor berkata kereta yang dinaiki Nik Mohd Yusri dan kakaknya, Nik Norhidayu, 32 tahun dari Lipis menghala ke Benta.

Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai telah memotong kenderaan lain dihadapannya namun gagal.

"Kereta yang dipandu Nik Mohd Yusri telah melanggar tayar belakang sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan sebelum bertembung pula secara berhadapan dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang guru," katanya kepada pemberita.

"Akibat pelanggaran tersebut, kereta guru terbabit telah dilanggar sebuah kereta lain jenis Proton Persona yang datang dari arah belakang," tambahnya.

Nik Norhidayu dan guru berusia 30 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Lipis.

Mayat mangsa, Nik Mohd Yusri Raja turut dibedah siasat di hospital sama.

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Media Baharu