SERDANG, 8 Ogos- FGV Holdings Berhad (FGV) menjalin kerjasama dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dalam menghasilkan formulasi baharu makanan ternakan ayam kampung yang berkhasiat.
Ia dilakukan menerusi penghasilan produk sampingan daripada kilang pemprosesan padi dan beras seperti beras hancur.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, inisiatif tersebut mampu mengurangkan 10 peratus kos pengeluaran bahan makanan ternakan.
Usaha dilaksana dengan menggantikan komponen jagung bijirin yang diimport dengan produk tempatan.
"Pokoknya kita nak keluarkan ayam kampung pada kos yang lebih kompetitif dan kita meniaga kena untung nak untung harga kena berpatutan nak untung kos makanan juga kena berpatutan jadi kita sedia maklum kita mengimport bnyk brangan dri luar negara dan hasrat kita untuk menggantikan import ini dengan pengeluaran tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan produk Makanan Ayam Kampung dibawah jenama “ALMA” pada MAHA 2022 di Serdang.
Produk tersebut yang diusahakan anak syarikat FGV, FGV Integrated Farming Sdn Bhd merupakan antara usaha untuk menangani isu keselamatan makanan dan tambah nilai kepada produk sampingan hasil pemprosesan padi.
Pada majlis tersebut, FGV turut mengumumkan produk ayam kampung segar jenama Ladang' 57 yang boleh didapati di pasaraya besar Aeon Big seluruh negara.
(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed)