fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis rasmi Promosi Makanan Perlis di Hatyai

HATYAI, 8 Ogos- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merasmikan Promosi Makanan Perlis di Restoran Hamid, Hatyai malam tadi ketika dalam perjalanan pulang sempena Ziarah Mahabbah di Phuket selama tiga hari.

Baginda turut mempelawa rakyat Malaysia yang berkunjung ke restoran berkenaan menikmati keunikan makanan negeri Perlis dan memikat selera mereka yang arif tentang kelazatan makanan.

Makanan yang dihidang sempena promosi itu adalah Kurma Daging Simpang Empat dan Laksa Perli.

Tuanku Syed Faizuddin turut berhasrat mengetengahkan makanan istimewa yang terdapat di Perlis ke peringkat antarabangsa.

Memandangkan kini makanan merupakan antara pemacu utama sektor pelancongan Malaysia, baginda berharap lebih ramai berkunjung ke Perlis bagi menjamu selera.


(Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) ketika majlis Promosi Makanan Perlis di Hatyai)

Media Baharu