fb fb fb fb fb

RM4.8 juta peruntukan beli keperluan hadapi banjir

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Sejumlah 4.8 juta diperuntukkan bagi pembelian 320 buah bot jenis fibre, enjin bot dan jaket keselamatan sebagai persediaan mengahadapi banjir.

Setiap daerah yang berisiko banjir akan dibekalkan dua buah bot, manakala selebihnya dijadikan sebagai bot tambahan.

 
(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid)

"Cadangan bot fibre ikut daerah, dua unit bot untuk setiap daerah, namun tertakluk kesesuain ikut negeri. Kalau berlaku banjir kuat dua bot tak cukup kita akan hantar bot tambahan bukan tetap kalau diperlukan ke daerah yang memerlukan," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk John Ambrose. 

Sementara itu, Dewan Negara turut diberitahu, 10,000 peserta telah terlibat dalam program Pengurusan Risiko Banjir Komuniti pada Julai lalu.

Media Baharu