fb fb fb fb fb

Filem MALBATT: Misi Bakara mula tayang 24 Ogos

PUTRAJAYA, 9 Ogos- Mengambil inspirasi patriotisme, filem MALBATT: Misi Bakara akan menggegarkan pawagam mulai 24 Ogos ini di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata filem seperti itu sepatutnya mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Maka harapan saya bukan sahaja dapat meneliti atau menikmati cerita, kisah atau sejarah filem ini, tetapi ia sedikit sebanyak mengukuh rasa cinta pada negara dan juga rasa hormat kepada Anggota Tentera Malaysia (ATM)," katanya ketika mengahadiri majlis pelancaran malam gala filem MALBATT: Misi Bakara di Putrajaya.

Mengusung genre aksi dan patriotik, filem arahan Adrian Teh berdasarkan kisah benar tahun 1993.

Filem berkenaan menyelami kisah keberanian Rejimen Askar Melayu Diraja dari Batalion Malaysia, yang menyelamatkan askar-askar Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara, Somalia dalam kejadian Black Hawk Dawn.

Pelakon-pelakon ternama seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen dan ramai lagi menjadi watak utama filem ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Ia merupakan filem Malaysia pertama yang ditayangkan di layar IMAX dan juga dalam format 4D.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata filem seperti itu sepatutnya
mendapat pengiktirafan antarabangsa)

Media Baharu