fb fb fb fb fb

Anwar mahu noktahkan kemiskinan tegar tahun ini

SEREMBAN, 9 Ogos- Kerajaan Perpaduan tekad untuk menoktahkan miskin tegar pada tahun ini juga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata seluruh jentera kerajaan persekutuan, jentera kerajaan negeri dan majlis perbandaran berganding bahu untuk membantu merealisasikan hasrat tersebut.

"Malaysia ini bukan negara miskin, minyak, gas kelapa sawit, industri tetapi kadang-kadang tidak diagihkan, yang dihebohkan orang Sabah Sarawak bising ini sebab dia rasa pengagihan tidak adil.

"Sebab itu dalam Belanjawan Madani yang pertama saya kata tiada pilihan kita kena bantu, kerana janji kita sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Keutamaan kita mestilah kemiskinan, sebab itu kita noktahkan kemiskinan tegar tahun ini juga," katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di Paroi.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan amat penting bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15).

Ia susulan penyandang kerusi DUN Ampangan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek membuat keputusan bertanding atas tiket Bebas pada PRU DUN ke-15.

DUN Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH yang mempertaruhkan Ketua Wanita PKR Cabang Seremban, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, calon dari Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ghazali Zainal Abidin dan Bebas, Mohamad Rafie.


(Ia susulan penyandang kerusi DUN Ampangan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Negeri Keadilan
Negeri Sembilan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek membuat keputusan bertanding
atas tiket Bebas pada PRU DUN ke-15.)

Media Baharu