fb fb fb fb fb

Kebersamaan kerajaan pusat, negeri mampu selesaikan masalah peneroka - Ahmad Shabery

GUA MUSANG, 9 Ogos- Kebersamaan kerajaan pusat dan negeri mampu menyelesaikan beberapa masalah peneroka termasuk isu tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia juga dilihat lebih memudahkan dalam melaksanakan sebarang projek pembangunan yang dirangka oleh FELDA. 

Selain turut komited dalam menyelesaikan segera masalah berkaitan perumahan serta kemudahan asas. 

"Ini adalah perkara yang kita tekankan, kita lihat ini berlaku di Johor dan Pahang, kerajaan Pahang segera membantu. Premium yang rendah, premium itu digunakan untuk memberi kemudahan infrastruktur yang berkenaan, jadi saya kira ini contoh bila negeri itu bersama antara kerajaan pusat dan negeri. Isu FELDA akan dapat diselesaikan dengan baik terutama sekali soal perumahan generasi baharu FELDA," katanya kepada pemberita ketika menyertai ceramah di Chiku 3, Gua Musang.

Ditanya mengenai potensi Barisan Nasional (BN) di Kelantan, beliau yakin rata-rata pengundi di negeri tersebut mahukan perubahan serta kepimpinan yang seiring antara kerajaan pusat dan negeri.


 (Selain turut komited dalam menyelesaikan segera masalah berkaitan
perumahan serta kemudahan asas)

Media Baharu