fb fb fb fb fb

Anwar puas hati dengan prestasi MB Negeri Sembilan

PORT DICKSON, 9 Ogos- Keputusan untuk mengekalkan Datuk Seri Aminuddin Harun, sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dilihat dapat mempermudah proses menyelesaikan permasalahan rakyat di negeri itu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya kemenangan Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15), akan memperkukuh pertubuhan sesebuah kerajaan negeri.

"Mengapa saya nak calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah, Yew Boon Lye menang kerana beliau kuat mempertahankan kerajaan negeri, kuat mempertahankan Aminuddin sebagai menteri besar. Dengan cara ini kerjasama di peringkat persekutuan, memudahkan masalah rakyat diselesaikan," katanya ketika ditemui pemberita pada Jelajah Perpaduan Madani DUN Chuah di Dataran Homestay Pachitan, Port Dickson.

Terdahulu, media melaporkan perdana menteri akan mengekalkan Aminuddin sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kerana berpuas hati dengan prestasi beliau mentadbir negeri itu selama lima tahun.

Aminuddin juga menyatakan keputusan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua presiden parti gabungan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).


(Terdahulu, media melaporkan perdana menteri akan mengekalkan Aminuddin sebagai
Menteri Besar Negeri Sembilan kerana berpuas hati dengan prestasi beliau
mentadbir negeri itu selama lima tahun.)

Media Baharu