fb fb fb fb fb

Festival Muzikal Air Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula malam ini

KUALA LUMPUR, 1 Februari - 1 Febuari merupakan Hari Wilayah Persekutuan, sempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023, Jabatan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempersembahkan Formasi Muzikal Air Wilayah Persekutuan bermula malam ini, sepanjang bulan Februari 2023.

Festival muzikal air wilayah ini berada di empat kawasan yang berbeza dan diberi nama iaitu Kolam Biru River of Life berdekatan Masjid Jamek, KLCC Lake Symphony Fountain, di air pancut KLCC, Crystal Fountain Pavilion di Pavilion dan The Gardens KL Fountain di The Gardens.


(KLCC Lake Symphony Fountain di KLCC)



(Crystal Fountain Pavilion di Pavilion)


(The Gardens KL Fountain di The Gardens)

Masa setiap persembahan muzikal air di lokasi tersebut adalah berbeza, di Kolam Biru River of Life muzikal air bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada 11 malam.

KLCC Lake Symphony Foutain pula bermula dari pukul 8 malam sehingga 10 malam sahaja.

Crystal Fountain Pavilion, muzikal air akan bermula seawal 7.30 malam sehingga 10 malam.

Manakala The Gardens KL Fountain, muzikal air hanya akan diadakan pada pukul 7,8 dan 9 malam sahaja.

Setiap lokasi yang dipilih untuk Festival Muzikal Air ini mempunyai waktu yang tersendiri.

Orang ramai dijemput datang ke lokasi yang tertera di poster pada waktu yang ditetapkan dan menikmati seni formasi muzikal air sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan sepanjang bulan febuari ini.

Media Baharu