fb fb fb fb fb

Program pembangunan luar bandar harus relevan - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Kerajaan perlu meneliti keberkesanan semua program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan bagi memastikan ia relevan dan menepati keperluan kumpulan sasar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana populasi penduduk di kawasan luar bandar kini telah berubah daripada 70 peratus pada sekitar 1960-an kepada 30 peratus ketika ini.

"Koordinasi dalam pelbagai kementerian yang melaksanakan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) penting bagi mengelak pertindihan serta memastikan keberkesanan kos," katanya kepada pemberita dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan TVET menjelaskan, kini terdapat 11 kementerian yang melaksanakan program TVET dengan matlamat sama sehingga berlaku pertindihan program yang ditawarkan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu