fb fb fb fb fb

MA63: Beberapa tuntutan masih dalam rundingan

BANGI, 1 Januari- Beberapa tuntutan Sarawak dan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 masih lagi dalam proses rundingan bersama Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia melibatkan implikasi perundangan dan kewangan.

"Terdapat perkara yang telah diselesaikan. Mana yang dibawah Kerajaan Persekutuan diserahkan semula kepada Sabah dan Sarawak, kemudian melibatkan kewangan dan perundangan, sebahagiannya telah selesai," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Bagaimanapun, Fadillah tidak memperincikan butiran tuntutan berkenaan.


(Bagaimanapun, Fadillah tidak memperincikan butiran tuntutan berkenaan)

Media Baharu