fb fb fb fb fb

FEN tingkatkan kesedaran, pengetahuan pengurusan kewangan rakyat

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Program Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) terus diperkasa bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat tentang pengurusan kewangan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata program tersebut penting untuk meningkatkan tahap literasi kewangan terutama dalam kalangan golongan belia.

Pada 2021 dan 2022, lebih 500 inisiatif pendidikan kewangan telah dilaksana melibatkan interaksi melebihi 11 juta.


(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)

Inisiatif tersebut melibatkan semua peringkat umur, tahap pendapatan serta memberi penekanan kepada golongan rentan terutamanya belia dan B40.

"Dalam meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan literasi kewangan ialah penganjuran program Bulan Literasi Kewangan atau Financial Literacy Month (FLM) sepanjang bulan Oktober, sebanyak tiga (3) kali ia telah dilaksanakan.

"FLM2022 memberi penekanan terhadap mesej kepentingan celik kewangan digital dan jenayah penipuan kewangan untuk membantu rakyat membina ketahanan kewangan dan memanfaatkan perkembangan ekonomi digital dengan yakin", katanya dalam sesi Dewan Negara.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli.

Sejak 2014 hingga Mei 2023, seramai 31,140 belia direkodkan sebagai muflis.

Media Baharu