fb fb fb fb fb

Felo Perdana kekal relevan, sumbang idea bina hala tuju negara

(Felo Perdana ditubuhkan sejak 2013 oleh Kementerian Beliau dan Sukan)

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Program Felo Perdana dan Felo Korporat terus memberi manfaat kepada belia dalam menyumbang idea dan melibatkan diri dalam pentadbiran negara.

Platfom yang disediakan Kementerian Belia dan Sukan KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sejak tahun 2013 itu memberi ruang belia terpilih untuk mendapat bimbingan terus daripada Menteri Kabinet dan juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ternama sebagai mentor.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia JBSN, Dr. Zainah Shariff, suara belia perlu didengari dan ruang perlu diberi untuk mereka terlibat secara langsung dalam tadbir urus negara dan juga organisasi perniagaan.

"Mereka diberikan pendedahan secara langsung mengenai struktur kerajaan dan tadbir urus mengenai polisi serta hala tuju negara melalui penempatan di kementerian terlibat," jelasnya kepada RTM di Angkasapuri.

Tambahnya, pengambilan dan proses pemilihan bagi program iu telah dibuat bagi sesi 2022 berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan KBS.

Belia yang terpilih akan ditempatkan selama 6 bulan di kementerian dan syarikat swasta untuk diberi bimbingan sebagai mentee.

(Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff)

"Sebanyak 82 peserta terlibat dengan Felo Perdana yang berjaya digilap bakat dan juga kepimpinan mereka melibatkan golongan mahasiswa dan belia Malaysia,"

"Melalui program ini, mereka juga berupaya membina platfom untuk menghasilkan kertas polisi dan melantunkan idea kepada pihak kementerian berkaitan isu-isu semasa," katanya lagi.

Majlis Penyerahan Felo oleh Perdana Menteri kepada Menteri-menteri kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif yang terlibat akan berlangsung esok di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Media Baharu