fb fb fb fb fb

Agong kurnia watikah pelantikan 4 perwakilan ke luar negara

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan
watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, turut berangkat,
 Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  di Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Lim Juay Jin, Duta Besar Malaysia ke Jepun Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar. 

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Amran Mohamed Zin.

(Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan
Datuk Lim Juay Jin,
Duta Besar Malaysia ke Jepun Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi
Datuk Wan Zaidi Wan Abdullahdan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar)

 

 

 

Media Baharu