fb fb fb fb fb

Nelayan Vietnam terjun laut diselamatkan

(Mangsa dibawa ke Jeti Marina Pulau Duyong Kuala Terengganu dan diserahkan kepada Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan)

KUALA TERENGGANU, 12 Julai- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Malaysia menerima aduan dari Pelantar Lawit A mengenai kejadian orang jatuh laut membabitkan seorang lelaki warga Vietnam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli memaklumkan, Maritim Rescue Sub Centre M.R.S.C Kuantan telah dimaklumkan kejadian tersebut oleh pihak pelantar.

Mangsa dipercayai, seorang nelayan yang bertindak nekad terjun dari bot nelayannya dan berenang ke pelantar.

(Nelayan Vietnam yang diselamatkan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan laut Kuala Terengganu/ Visual APMM)

Mangsa kemudian diselamatkan pekerja di pelantar tersebut dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan ujian saliva COVID-19 mendapati keputusan adalah negatif.

Bantuan perubatan dan makanan turut diberikan pihak pelantar kepada mangsa.

Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Marina Pulau Duyong Kuala Terengganu dan diserahkan kepada Maritim Negeri Terengganu bagi urusan siasatan.

Media Baharu