fb fb fb fb fb

FAMA Negeri Sembilan hubungkan usahawan pemasaran, pengeluar

REMBAU, 8 April- Bagi menyediakan jaminan pasaran kepada pengusaha ladang kontrak dan memastikan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi, FAMA Negeri Sembilan menghubungkan usahawan pemasaran dan usahawan pengeluar. 

Langkah itu diambil bagi memastikan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi.

Seramai 233 usahawan ladang kontrak telah berdaftar di bawah FAMA dan menerima baik inisiatif tersebut. 

Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya menyasarkan lebih banyak penglibatan dan kerjasama daripada agensi berkaitan. 

"Kita sasarkan setiap tahun lebih kurang 1000 peserta. Kalau kita kumpulkan, lebih daripada 5000 peserta untuk ladang kontrak di bawah kendalian FAMA.

"Kita ada agensi-agensi lain, daripada MPP, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Nenas dan juga jabatan-jabatan lain.

"Jadi, di bawah FAMA setiap tahun kita sasarkan 1000 peserta dan setakat ini Alhamdulillah kita mencapai sasaran tersebut," katanya.

(Foto fail)

Catatan hasil sebanyak 400 metrik tan disasarkan bagi tahun ini dan tanaman sayuran seperti bendi, cili, timun, peria dan labu menjadi keutamaan di Negeri Sembilan.

Kewujudan Agrobazar dan Pasar Tani berjaya mengekalkan bekalan makanan utama di musim perayaan Aidilfitri.

Media Baharu