fb fb fb fb fb

Siri Jelajah Ramadan Perakfm bantu golongan kurang berkemampuan

SUNGAI SIPUT, 8 April- Siri Jelajah Ramadan Perakfm diteruskan tahun ini melibatkan dua daerah di negeri itu.

Program ini bertujuan menyantuni golongan kurang berkemampuan selain mendekatkan diri dengan pendengar.

Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Syazariah Majidi berkata, penganjuran program dengan kerjasama beberapa rakan strategik itu diadakan di tiga masjid terpilih.

"Program kami di sini sebenarnya untuk mendekatkan Perakfm dengan penduduk-penduduk tempatan.

"Selain itu, menjalinkan silaturahim bersama penduduk di sini dan diharapkan sumbangan yang diberi dapat menceriakan golongan yang kurang bernasib baik," katanya.

(Pengarah Penyiaran Negeri Perak, Syazariah Majidi)

Tambah beliau, antara pengisian program adalah penyerahan kotak makanan kepada 20 keluarga kurang berkemampuan selain penyediaan bubur lambuk di pekarangan masjid.

Turut diadakan rakaman rancangan Tausiyah menampilkan penceramah selebriti, PU Yeop.

Media Baharu